Hubungan Keberkesanan Audit Dalaman dengan Tadbir Urus di Sektor Kerajaan
Keywords:
Audit dalaman, Tadbir urus, KerajaanAbstract
Tadbir urus yang baik di sektor kerajaan dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap akauntabiliti dan pengurusan kewangan awam. Kelemahan pengurusan kewangan yang masih berlaku di sektor kerajaan sesebuah negara antaranya berpunca daripada audit dalaman yang kurang berkesan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan keberkesanan audit dalaman dengan tadbir urus di sektor kerajaan. Kajian ini memfokuskan pada tinjauan literatur berkaitan kelemahan audit dalaman, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan audit dalaman dan hubungan keberkesanan audit dalaman dengan tadbir urus di sektor kerajaan. Kajian ini menerapkan reka bentuk analisis dokumen dan berpandukan tinjauan literatur sebagai landasan kajian. Dapatan tinjauan literatur ini menunjukkan bahawa kualiti kerja audit dalaman, sokongan pengurus atasan, kebebasan juruaudit dalaman, kerjasama auditee dan saiz organisasi dapat mempengaruhi keberkesanan audit dalaman. Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara keberkesanan audit dalaman dengan tadbir urus di sektor kerajaan. Dapatan kajian juga dapat meningkatkan kefahaman teoritis tentang peranan audit dalaman sebagai kayu ukuran untuk melaksanakan tadbir urus yang baik di sektor kerajaan.