Prestasi Usahawan Asnaf Zakat Terhadap Program Pembangunan Ekonomi di Lembaga Zakat Selangor
Keywords:
bukan kewangan, kepuasan pelanggan, kewangan, prestasi, usahawan asnaf zakatAbstract
Matlamat utama pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi di bawah pengelolaan Lembaga Zakat Selangor adalah untuk mengeluarkan asnaf zakat daripada garis kemiskinan. Namun begitu, prestasi usahawan asnaf zakat yang terlibat sering dipersoal oleh banyak pihak terutamanya oleh mereka yang membayar zakat di Selangor. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui pencapaian usahawan yang terlibat berdasarkan petunjuk prestasi kewangan, bukan kewangan dan kepuasan pelanggan. Dengan menggunakan borang soal selidik, sebanyak 189 responden dipilih melalui pensampelan rawak. Analisis deskriptif seperti skor min digunakan bagi mencapai objektif kajian. Dapatan menunjukkan bahawa pencapaian usahawan asnaf zakat adalah pelbagai beradasarkan tempoh masa dan aspek yang dikaji. Penambahbaikan dan cadangan untuk kajian akan datang turut disertakan di akhir kajian ini.