TUNTUTAN SYARAK TERHADAP PENCARUMAN DALAM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
Keywords:
KWSP, SyarakAbstract
Islam telah meletakkan kerangka kebertanggungjawaban manusia terhadap pemilikan
harta di bawah tanggungannya. Sehubungan dengan itu, umat Islam perlu memastikan kebertanggungjawabannya terhadap harta-harta tersebut berasaskan kepada kerangka syarak. Artikel ini
membincangkan tentang tuntutan syarak ke atas orang Islam bagi caruman yang disimpan dalam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia bertujuan untuk mengetengahkan aspek-aspek yang perlu
dipenuhi oleh para pencarum Muslim terhadap wang yang diletakkan di bawah pemilikannya dalam akaun
KWSP. Penilaian dilakukan secara deduktif berasaskan kepada nas dan pandangan para sarjana berkaitan
aspek-aspek penyucian harta tidak halal dan zakat. Kajian ini mendapati bahawa beberapa aspek dalam
pengurusan kewangan KWSP khususnya bagi orang Islam adalah tidak menepati hukum syarak. Justeru
itu, beberapa langkah dicadangkan bagi memastikan akaun pencarum adalah memenuhi keperluan syarak
antaranya meminimumkan kesan wang tidak halal ke atas caruman orang Islam, pewartaan fatwa bagi
memenuhi keperluan KWSP dan lain-lain.