Faktor Utama Mempengaruhi Pencarian Maklumat Kesihatan Melalui Internet dan Kesannya Terhadap Perubahan Tingkah Laku Kesihatan

Authors

  • Siti Nur Izyandiyana Ab Hadi Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
  • Jusang Bolong Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor

Keywords:

kesihatan pencarian maklumat, perkongsian maklumat, tingkahlaku kesihatan, amalan gaya hidup sihat, pencegahan dan perlindungan kesihatan, amalan pemakanan.

Abstract

Perkembangan pelbagai jenis laman sesawang di Internet yang menyediakan perkhidmatan berkaitan kesihatan,
memudahkan maklumat untuk dicari, difahami dan dihasilkan semula oleh berjuta pengguna Internet di seluruh dunia.
Walaubagaimanapun, pencarian maklumat di Internet di Malaysia adalah lebih menjurus kepada hiburan, politik dan
juga sukan tetapi tidak terfokus kepada maklumat kesihatan. Perlindungan kesihatan seperti pencegahan penyakit
berjangkit, dadah, pemakanan dan sebagainya adalah masih di tahap yang membimbangkan. Oleh itu, tahap
perlindungan penyakit dapat ditingkatkan dengan adanya perkongsian maklumat kesihatan dalam keluarga. Malah,
perkongsian maklumat kesihatan yang dijalankan dengan efektif akan mengubah tingkahlaku kesihatan mereka.
Dengan menggunakan Teori Model Pencarian Maklumat melalui Perantara Komputer dan Teori Model Perubahan
Tingkahlaku Transteoretikal, kajian ini melihat perhubungan antara amalan pencarian maklumat kesihatan di Internet
dan perkongsian maklumat tersebut dalam kalangan ibu bapa di Malaysia dengan perubahan tingkahlaku kesihatan.
Sebanyak 400 orang responden yang tinggal berhampiran akses kesihatan dan Internet terlibat dengan kajian ini. Hasil
kajian mendapati, pembolehubah kovariat iaitu perkongsian maklumat kesihatan memberi kesan yang signifikan
terhadap perkaitan antara pola pencarian maklumat kesihatan dengan tiga aspek perubahan tingkahlaku kesihatan,
iaitu amalan gaya hidup, amalan pemakanan dan amalan pencegahan dan perlindungan kesihatan. Oleh itu, pencarian
maklumat kesihatan akan lebih berkesan terhadap perubahan tingkahlaku kesihatan dengan adanya perkongsian
maklumat kesihatan dalam kalangan pengguna internet

Downloads

Published

2017-12-31

How to Cite

Ab Hadi, S. N. I., & Bolong, J. (2017). Faktor Utama Mempengaruhi Pencarian Maklumat Kesihatan Melalui Internet dan Kesannya Terhadap Perubahan Tingkah Laku Kesihatan. Al-Qimah Al-Mudhafah, 3(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/28

Most read articles by the same author(s)