TEORI KONTINGENSI : KEBERKESANAN UNIT AUDIT DALAM
Keywords:
audit dalam, keberkesanan, organisasi, teori agensi, teori kontingensiAbstract
Secara tradisinya, kerangka teori neo-klasik sering digunapakai bagi kajian audit dalam seperti
teori agensi yang menerangkan bahawa sesetengah individu akan mewakili pihak lain untuk membuat sebarang
keputusan akibat kewujudan entiti yang berasingan antara pemilik dengan pengurus organisasi. Begitu juga,
teori transaksi kos ekonomi yang menjelaskan peranan juruaudit dalam untuk menyediakan dapatan audit yang
mengandungi maklumat yang berguna kepada ketua eksekutif organisasi kerajaan untuk mencapai objektif
penjimatan kos. Namun begitu, kelemahan bagi kedua-dua teori tersebut tidak dapat dinafikan oleh para
sarjana kerana kedua-dua teori ekonomi neo-klasik tersebut bersandarkan beberapa andaian yang
membataskan aplikasi sebenar. Maka para sarjana berpendapat teori kontingensi dapat menampung kelemahan
teori tersebut sebagai kerangka teori audit dalam. Teori kontigensi menyatakan bahawa tiada satu cara yang
terbaik yang boleh digunakan oleh organisasi untuk mencapai keberkesanan organisasi. Menurut teori ini,
kesesuaian atau kepadanan antara ciri-ciri organisasi seperti struktur organisasi dan persekitarannya mampu
memberi kesan pada pencapaian dan hasil sesebuah organisasi seperti Uni Audit Dalam. Teori kontingensi
dianggap amat sesuai oleh para sarjana untuk diterapkan dengan cara memadankan pembolehubah- pembolehubah yang diuji sebagai faktor dalaman dan faktor luaran yang mempunyai hubungan dengan
keberkesanan UAD.