KEFAHAMAN TAFSIRAN AYAT 80 DARI SURAH YASSIN DAN HUBUNGANNYA DENGAN SAINS BIODIESEL: SATU PENGAYAAN

Authors

  • Saipolbarin Ramli
  • Sumaiya Zainal Abidin@Murad

Keywords:

Biodiesel, Al-Qur’an Al-Karim, Sains Moden, Ilmu Tafsir, Leksikografi Arab

Abstract

Terdapat banyak ayat yang membincangkan perihalan fakta saintifik dalam Al-Qur’an Al-Karim. Antara fakta saintifik yang terdapat dalam Al-Qur’an Al-Karim ialah ayat yang membincangkan tentang konsep biodiesel dan sumber tenaga seperti yang terdapat dalam surah Yassin ayat ke-80. Kajian ini akan menganalisa tafsiran pendapat para sarjana Arab-Islam terhadap kefahaman maksud ayat ini dari perspektif ilmu tafsir dan leksikografi Arab. Seterusnya perbincangan dilakukan untuk melihat hubungan ayat ini dengan konsep biodiesel dari perspektif sains moden. Hasil daripada eksperimen yang dijalankan, dapatan menunjukkan bahawa unsur tenaga yang terhasil dari tindak balas tumbuh-tumbuhan, bahan pelarut dan pemangkin akan menghasilkan biodiesel yang merupakan antara sumber tenaga alternatif yang berpotensi untuk menggantikan bahan api konvensional. Pembentukan struktur kimia biodiesel terhasil daripada pemecahan struktur trigliserida (i.e. minyak daripada tumbuhan hijau) yang bertindak balas dengan ion hidroksida lalu menghasilkan tiga molekul asid lemak (fatty acid methyl ester-FAME) yang merupakan biodiesel dan satu molekul gliserol. Ia menunjukkan bahawa elemen hijau yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan adalah merupakan satu unsur tenaga. Kajian ini menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Fakta dalam bidang sains dikukuhkan melalui uji kaji makmal yang telah dijalankan. Kajian ini dapat memberi perspektif baru terhadap tafsiran ayat 80 dari surah Yassin berkaitan dengan kefahaman tafsiran maksud dan hubungannya dengan konsep biodiesel.

Downloads

Published

2015-12-31

How to Cite

Saipolbarin Ramli, & Sumaiya Zainal Abidin@Murad. (2015). KEFAHAMAN TAFSIRAN AYAT 80 DARI SURAH YASSIN DAN HUBUNGANNYA DENGAN SAINS BIODIESEL: SATU PENGAYAAN. Al-Qimah Al-Mudhafah, 1(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/35