Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak Dalam Kalangan Kakitangan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah

Authors

  • Mariani Omar Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak, MALAYSIA
  • Siti Sarah Hamzah

Keywords:

gaya asuhan, autoritatif, autoritarian, permisif, keibubapaan, nilai agama

Abstract

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya asuhan ibu bapa dalam kalangan
kakitangan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). Responden kajian terdiri dari 10 orang
kakitangan KUISAS yang dipilih secara rawak. Kaedah temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat yang
dikehendaki. Soalan temu bual dibangunkan sendiri oleh pengkaji dengan diadaptasi daripada kajian lepas
oleh Ganesan Kamoo dan Noraini M. S. (2014). Pengkaji menggunakan cara manual untuk menganalisis
transkrip temu bual yang dipindahkan dalam bentuk kod (coding) untuk menyusun semua maklumat responden
kajian dianalisis dengan lebih sistematik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa gaya keibubapaan
autoritatif menjadi pilihan utama (n=7) dalam kalangan kakitangan diikuti oleh gaya asuhan autoritarian dan
permisif (n=3). Selain itu terdapat sedikit perbezaan gaya asuhan ibu bapa berdasarkan jantina anak. Hasil
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa turut menerapkan nilai agama dalam kehidupan anak mereka
seperti bersolat, berpuasa dan menghormati orang tua.

Downloads

Published

2016-12-31

How to Cite

Omar, M., & Hamzah, S. S. (2016). Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak Dalam Kalangan Kakitangan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Al-Qimah Al-Mudhafah, 2(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/39