Dimensi tekanan kerja sebagai peramal terhadap konflik keluarga pekerja

Authors

  • Nur Izzaty Mohamad Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Keywords:

tekanan kerja, konflik keluarga pekerja, kekaburan peranan, konflik peranan, beban peranan

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat perhubungan di antara dimensi tekanan kerja dengan
konflik keluarga pekerja. Mengikut perspektif Islam dalam kajian literatur yang terkini berkaitan dengan
tekanan kerja membuktikan bahawa tekanan kerja mempunyai tiga dimensi utama: kekaburan peranan, konflik
peranan dan beban peranan. Kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendapati bahawa kemampuan pekerja
menguruskan kekaburan peranan, konflik peranan dan beban peranan dengan teratur dapat membantu pekerja
mengurangkan konflik keluarga pekerja yang sejajar dengan kehendak ajaran Islam.Meskipun sifat hubungan
ini menarik, namun tekanan kerja sebagai pemboleh ubah peramal yang sangat penting kurang diberi
penekanan yang sewajarnya dalam kajian literatur.Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengukur
perhubungan antara tekanan kerja dengan konflik keluarga pekerja menggunakan borang soal selidik yang
telah dikumpul daripada anggota tentera laut di pangkalan angkatan tentera laut diraja Malaysia, Lumut,
Perak. Keputusan analisis model laluan SmartPLS mengesahkan bahawa kekaburan peranan, konflik peranan
dan beban peranan merupakan tiga pemboleh ubah peramal yang utama terhadap konflik keluarga pekerja.
Selanjutnya, kajian ini menyediakan kupasan yang telah terperinci dalam perbincangan, implikasi dan
kesimpulan kajian.

Downloads

Published

2016-12-31

How to Cite

Mohamad, N. I. (2016). Dimensi tekanan kerja sebagai peramal terhadap konflik keluarga pekerja. Al-Qimah Al-Mudhafah, 2(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/48