Sokongan Sosial dan Pengertian Hidup Orang Asli Kampung Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan

Authors

  • Nurul Huda Zainal Abidin Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak, MALAYSIA

Keywords:

sokongan sosial, pengertian hidup, orang asli

Abstract

Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh
negara di Semenanjung Malaysia. Masyarakat ini masih mengekal dan mementingkan sikap kerjasama
antara satu sama lain. Namun mereka masih memerlukan sokongan sosial bagi meneruskan kehidupan.
Sokongan sosial sering difahami sebagai bermaksud pengalaman yang berkaitan penghargaan, perhatian
dan kasih sayang. Kajian ini telah dijalankan di Kampung Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan. Seramai
53 orang (24 lelaki dan 29 perempuan) telah terlibat sebagai responden kajian. Data diperoleh dianalisis
dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan sosial dan pengertian hidup Orang Asli sekitar Sungai
Lui

Downloads

Published

2016-12-31

How to Cite

Zainal Abidin, N. H. (2016). Sokongan Sosial dan Pengertian Hidup Orang Asli Kampung Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan. Al-Qimah Al-Mudhafah, 2(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/54