AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR DI UNIVERSITI KUALA LUMPUR : KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN

Authors

  • Wardatul Aishah Musa
  • Nooraini Othman
  • Mohd Nasrul Hakim Jalaludin
  • Nor Pujawati Md Said

Keywords:

kokurikulum, kecenderungan keusahawanan, sokongan keluarga, idola

Abstract

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti keusahawanan bukanlah sesuatu yang baru. Ianya merupakan satu strategi penting dalam mendorong para pelajar untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan selepas bergraduasi. Namun kajian kecenderungan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum ini perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan faktor-faktor yang terlibat dalam menjadi pendorong terhadap pembabitan pelajar dalam aktiviti keusahawanan. Pelajar yang memulakan perniagaan lebih awal semasa di alam kampus berpotensi untuk memposisikan perniagaannya sebagai kerjaya pilihan bahkan boleh meningkatkan taraf ekonomi negara dengan cara menyumbang dari sudut pendapatan dan menawarkan peluang pekerjaaan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur kecenderungan pelajar terhadap aktiviti keusahawanan melalui beberapa faktor di Universiti Kuala Lumpur. Seramai 133 orang pelajar kelas Asas Keusahawanan dan Pengenalan Kepada Teknousahawan telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah melalui kaedah soal selidik. Data dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 19.0) dan Structural Equation Modelling (SEM). Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan secara keseluruhannya adalah positif. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan sokongan keluarga (CR=4.2, P=0.000 dan idola (CR=2.89, P=0.004) adalah signifikan terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar. Ahirnya, satu model kecenderungan keusahawan yang fit dengan data kajian telah dibina di dalam kajian ini.

Downloads

Published

2022-09-22

How to Cite

Musa, W. A., Othman, N., Jalaludin, M. N. H., & Md Said, N. P. (2022). AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR DI UNIVERSITI KUALA LUMPUR : KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN. Al-Qimah Al-Mudhafah, 1(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/59