Perspektif Islam: Krisis Makanan Dunia
Keywords:
Krisis makanan, pendekatan Islam, pertanian, sekuriti makanan, Buku HijauAbstract
Krisis makanan iaitu kekurangan makanan dan kenaikan harga makanan bukan lagi bersifat
krisis domestik bagi negara tertentu tetapi telah menjadi krisis antarabangsa. Krisis ini bukan sahaja
menimbulkan masalah kelaparan dan kekurangan zat makanan, malah bakal menggugat keselamatan awam
sesebuah negara. Menyedari akan hakikat tersebut, penulisan ini bertujuan untuk membincangkan beberapa
faktor yang menyebabkan krisis makanan ini dan pendekatan Islam untuk menangani krisis tersebut. Secara
umumnya, kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan data-data dan maklumat daripada kajian kepustakaan.
Pendekatan berteraskan Maqasid al-Syari‘ah turut diutarakan memandangkan terdapat perbincangan menurut
perspektif Islam. Hasil daripada penelitian, didapati pendekatan negara-negara tertentu dalam menangani
krisis ini terdapat persamaannya dengan pendekatan Islam seperti galakan pertanian, larangan penyorokan
barang, jualbeli makanan mengikut keperluan sebenar, mekanisme agihan makanan yang adil dan polisi sekuriti
makanan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf a.s.