Keberkesanan Aplikasi Mudah Alih MATIQ.COM Untuk Murid-Murid Pendidikan Khas Berumur 7-14 Tahun Dalam Matapelajaran Matematik Asas
Keywords:
aplikasi mudah alih, matematik asas, pendidikan khas, murid berkeperluan khasAbstract
Perkembangan teknologi yang sangat maju telah mencipta pelbagai mekanisme yang dapat
digunakan dan memberi kesan positif pada setiap pengguna serta mempunyai kekuatan untuk mengubah sistem
pendidikan dengan model pembelajaran yang baru. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau
keberkesanan teknologi aplikasi mudah alih iaitu MATIQ.com. Aplikasi ini dibangunkan oleh pengkaji untuk
mengenal pasti keberkesanan dalam proses pembelajaran murid-murid pendidikan khas berumur 7-14 tahun
dalam mata pelajaran matematik asas. Topik matematik di dalam aplikasi ini berfokuskan kepada mengenal
nombor bulat dan pengiraan tambah dan tolak. Aplikasi ini dibangunkan supaya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang berkesan dan interaktif berbanding kaedah konvensional di dalam kelas. Kajian ini telah
dijalankan di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar ke atas tujuh orang Murid Berkeperluan
Khas (MBK) yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi di sana. Kajian ini telah menggabungkan
pendekataan kaedah kualitatif dan kuantitif dengan menggunakan kaedah temu bual serta data dikumpul dengan
menggunakan borang soal selidik bagi membolehkan data diukur secara objektif. Hasil daripada kajian tersebut
menunjukkan aplikasi MATIQ.com ini dapat membantu proses pengajaran guru di dalam kelas untuk menarik
minat murid-murid agar dapat meningkatkan penglibatan, motivasi dan tumpuan bagi melonjakkan prestasi dalam pembelajaran. Selain itu, aplikasi ini juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha
memotivasikan murid-murid di dalam pembelajaran matematik asas.