Mobile App:SELFCOV

Authors

  • Ts. Anis Suria Mohd Zainudin
  • Maizatul Izzaty Hishammuddin
  • Fazliana Ahmad Judin

Keywords:

Mobile App, Covid-19

Abstract

Pada masa kini, seluruh dunia telah ditimpa satu wabak yang teruk dimana ia telah digelarkan sebagai pandemik Covid-19 oleh World Health Organization (WHO). Pada awalnya, virus ini dijumpai di bandaraya Wuhan, China namun ia telah tersebar keseluruh negara melalui sentuhan, batuk dan selesema. Virus ini amatlah senang untuk dijangkiti tambahan kepada warga emas, seseorang yang mengalami penyakit kronik, wanita mengandung dan kanak-kanak. Sudah menjadi rutin harian setiap manusia dimana akan sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan bertemu orang. Selain itu kita juga sudah biasa menjaga jarak penjarakan dengan orang lain untuk memastikan virus Covid-19 tidak tersebar. Apabila sudah dijangkiti virus ini, secara tidak langsung akan terus melakukan kuarantin kendiri dan sekiranya mengalami gejala yang teruk akan dihantar ke hospital untuk dirawat. Namun kepada pesakit yang mengalami gejala ringan akan dikuarantin di rumah sahaja dan mereka akan mula mencari laman web dan aplikasi untuk mengetahui cara penjagaan diri dan info-info apabila sudah dijangkiti, jadi aplikasi yang kami ingin bangunkan ini merupakan aplikasi yang memudahkan aktiviti pesakit dengan hanya memuatnaik satu aplikasi sahaja kerana ia lengkap dengan segala keperluan pesakit, maka mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk melayari banyak laman web dan aplikasi hanya untuk mencari maklumat apabila telah dijangkiti virus COVID-19.

Downloads

Published

2023-06-30

How to Cite

Mohd Zainudin, T. A. S., Hishammuddin, M. I., & Ahmad Judin, F. (2023). Mobile App:SELFCOV . Al-Qimah Al-Mudhafah, 7(1), 32–40. Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/85