Pengaruh Politik Organisasi Terhadap Kepuasan Kerja Pensyarah

Authors

  • Shahril Anuar Abd Manap
  • Prof. Mohammad Nasir Bistamam

Keywords:

Kepuasan Kerja, Kolej Vokasional, Politik Organisasi

Abstract

Hubungan antara politik organisasi dan kepuasan kerja telah menjadi topik penyelidikan yang penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerana para pengkaji berusaha untuk lebih memahami dinamik kompleks yang membentuk sikap dan tingkah laku pekerja di tempat kerja. Artikel ini memberikan gambaran keseluruhan literatur sedia ada tentang hubungan antara politik organisasi dan kepuasan kerja, berdasarkan pelbagai kajian empirikal yang dijalankan dalam tetapan organisasi yang pelbagai. Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap politik organisasi dan tahap kepuasan kerja. Disamping itu juga kajian ini turut dijalankan untuk mengukur hubungan politik organisasi dengan kepuasan kerja. Seterusnya kajian ini dijalankan untuk mengukur pengaruh politik organisasi terhadap kepuasan kerja. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik melibatkan sampel kajian terdiri daripada 300 orang pensyarah kolej vokasional dalam negeri Perak . Objektif kajian yang ditetapkan di uji menggunakan analisis secara deskriptif dan juga inferen. Kajian ini mendapati bahawa tahap politik organisasi dan kepuyasan kerja pensyarah kolej vokasional dalam negeri Perak berada pada tahap tertinggi dan politik organisasi mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap kepuasan kerja pensyarah. Akhir sekali, dapatan kajian turut mengesahkan bahawa dimensi mempengaruhi untuk bekerjasama bagi mendapatkan kepentingan dan dimensi polisi gaji dan kenaikan pangkat merupakan peramal yang signifikan dan positif terhadap kepuasan kerja. Pengkaji mencadangkan beberapa strategi yang boleh digunakan untuk meminimumkan kesan negatif politik di tempat kerja dan menggalakkan hasil pekerja yang positif. Secara keseluruhannya, tinjauan literatur kami menunjukkan bahawa hubungan antara politik organisasi dan kepuasan kerja adalah fenomena yang kompleks dan pelbagai yang memerlukan penerokaan dan perhatian berterusan daripada para pengkaji.

Downloads

Published

2023-06-30

How to Cite

Abd Manap, S. A., & Bistamam, P. M. N. (2023). Pengaruh Politik Organisasi Terhadap Kepuasan Kerja Pensyarah. Al-Qimah Al-Mudhafah, 7(1), 68–84. Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/86