Pembangunan Insan Menurut Perspektif Imam Al-Harith Al-Muhasibi
Keywords:
pembangunan insan, Abu Harith al-Muhasibi, pendidikan kejiwaan, tokoh sufiAbstract
Kajian ini mengkaji tentang pembangunan insan menurut al-Muhasibi iaitu Abu Abd Allah Harith al-Muhasibi (w.243H). Beliau merupakan tokoh Sufi yang mula menyusun dan membukukan tentang tasawuf dan telah mengkaji bidang ini dengan mendalam. Ia mempunyai dua objektif iaitu untuk menonjolkan konsep dan pandangan Abu Harith al-Muhasibi berkaitan pembangunan insan yang berteraskan pendidikan kejiwaan dan memperkenalkan ketokohan seorang tokoh sufi abad ketiga Hijrah. Kajian ini menggunakan
metode kepustakaan dengan menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi daripada karangan al-Muhasibi seperti al-Ri'ayah li huquq Allah, Risalah al-Mustarshidin dan lain-lain. Data sekunder pula diperolehi daripada tulisan tokoh-tokoh ilmuan terkini yang telah membincangkan tentang al-Imam Abu Harith Al-Muhasibi. Data-data yang diperolehi telah dianalisis secara kritis bagi mencapai objektif-objektif kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep pembangunan insan menurut al-Muhasibi adalah berdasarkan pembangunan rohani manusia. Bertunjangkan ketakwaan kepada Allah dan berpaksikan beberapa metode pendidikan kejiwaan seperti muhasabat al-nafs, riyadah dan mujahadah kepada Allah, aspek-aspek positif diri insan seperti khawf dan raja’, mengingati kematian dan mengenal kebaikan dan keburukan dan muraqabah dapat dibina melalui proses menyahkan aspek-aspek negatif dalam diri seperti riyak, ujub, takbur, terpedaya dan hasad. Manusia yang baik menurut al-Muhasibi ialah manusia yang dibangunkan jiwanya menurut kehendak Allah. Kajian ini menyimpulkan bahawa konsep pembangunan insan al-Muhasibi sebenarnya masih relevan dan sesuai untuk dimanfaatkan dalam masyarakat Islam hari ini.
References
Arena Che Kasim. (2000). Pembangunan manusia menurut Islam dan barat: Satu analisis teoritikal. Disertasi Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Muhasibi, Abu ‘Abd Allah Harith. Tahqiq ‘Abd al-Qadir Ahmad ‘Ata’. (1990). al-Ri’ayah li Huquq Allah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Al-Muhasibi, Abi ‘Abd Allah Harith. Tahqiq ‘Abd al-Qadir Ahmad ‘Ata’. (2003). al-Wasaya. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
Al-Muhasibi, Abu ‘Abd Allah Harith. Tahqiq ‘Abd al-Fatah Abu Ghadah. (1988). Risalah al- Mustarsyidin. Kaherah: Dar al-Salam.
Al-Muhasibi, Abu ‘Abd Allah Harith. Tahqiq: Majdi Fathi Sayyid. (1991). Bad’ Man Anaba ila Allah. Kaherah: Dar al-Salam.
Al-Nadwa, ‘Abd al-Rasyid Ibn Adam Mahmud. (1994). Manhaj al-imam al- muhasibi fi tazkiyah al-nafs: dirasah tahliliyyah 1994-1995. Tesis Sarjana, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Al-Nashar. ‘Ali Syami al-Nashar. (1975). Nash’ah al-Fikr al-Falsafi fi al-Islam. Mesir: Dar al- Ma’arif.
Sahin Filliz. (2006). The founder of the muhasabah school of sufism: Al-harith ibn asad almuhasibi. Jurnal Islamic Studies 45(1): 59-81.
Smith, Margaret Smith. (1973). An Early Mystic of Baghdad. London: The Sheldon Press.