Kaedah-Kaedah Pelupusan Mushaf Al-Qur’an: Satu Analisis

Authors

  • Muhammad Nasrul Azim Roslan Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar 33000, Perak. Malaysia
  • Zulfahmi Mohamad Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar 33000, Perak. Malaysia

Keywords:

Pelupusan mushaf al-Quran, kaedah pelupusan, fatwa

Abstract

Dalam konsep pemeliharaan kalam Allah SWT, pelupusan mushaf al-Quran boleh dilakukan dengan beberapa kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama. Sungguhpun perkara ini penting, perlambakan mushaf al-Quran yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi masih tidak dapat dibendung dalam proses pengurusan pelupusan mushaf al-Quran. Tujuan penulisan ini adalah untuk menerokai dan menganalisis pandangan dan fatwa berkaitan kaedah pelupusan mushaf al Quran mengikut syarak yang boleh dilakukan sebagai kaedah alternatif dalam proses pelupusan mushaf al-Quran. Kajian ini berbentuk kualitatif dimana melalui kaedah analisis dokumen sebagai sumber pengumpulan data. Analisis perbandingan digunakan dalam kajian ini sebagai kaedah menghasilkan satu alternatif yang sesuai digunakan dalam aspek pelupusan teks mushaf al-Quran. Justeru keadah klasik yang dilakukan seperti yang direkodkan oleh Anas ibn Malik, Ibn Abu Daud dan Ibn Shihab selain dari rekod-rekod yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad turut dijadikan model perbandingan dalam kajian ini. Selain dari itu, garis panduan Jabatan Agama Islam Negeri dan fatwa-fatwa di Malaysia dan juga luar Malaysia berkaitan pelupusan mushaf al-Quran dikumpulkan dan dianalisis secara deskriptif dalam pengumpulan data ini. Analisis yang telah dilakukan mendapati bahawa empat kaedah pelupusan mushaf al-Quran telah dibincangkan oleh para ulama manakala penggunaan setiap kaedah ini dilakukan berdasarkan pandangan di negara masing-masing. Kajian ini membuka ruang untuk mengetengahkan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam proses pelupusan mushaf al-Quran di Malaysia dan berharap dapat membantu pihak-pihak tertentu dan juga masyarakat awam umumnya dalam proses pelupusan mushaf al-Quran.

References

Al-‘Asqalani, al-Hafiz Shihabuddin. 2013. Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. Berut: al Risalah al-‘Alamiyyah.

Al-Buhuti, Mansur bin Yunus. 1046H. Kashaf al-Qana’ ‘an Matn al-Iqna’. Riyadh: Maktabah al-Nasr al-Hadithah.

Al-Duwaish, Ahmad bin Abdul Razaq. T.th. Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-Ilmiah wa al-Iftai.

al-Syuwairikh, Saad Abdul Aziz. 1439H. itlaf auraq al-mushaf wa i’adat tasni’ ha. Dirasat Fiqhiyyah Tatbiqiyyah. Saudi. Universiti Imam Muhammad bin Su’ud al-Islamiyyah

Al-Sijastani, Abdullah Sulaiman. 2002. Kitab al-Masahif. Beyrut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Al-Suyuti. Jalal al-Din bin Abdul Rahman. T.th. Al-Itqan fi Ulum al-Qur’an. Qaherah: Dar al Turath.

Al-Zarkasyi, Badr al-Din Muhammad bin Abdullah. 1988. Al-Burhan fi Ulum al-Qur’an. Beyrut: Dar al-Jalil.

Fatin Mahfuzah Mohd Yusof. 2015. Pengurusan Pelupusan Teks-Teks al-Qur’an di Negeri Selangor dan Permasalahannya. Tesis Sarjana. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Iskandar Hasan Tan Abdullah. 2015. Teknologi Hijau Tingkat Kualiti Hidup, Pacu Ekonomi Negara. 13 March. https://www.bharian.com.my/node/40615

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2008. Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan Dan Pelupusan Bahan-Bahan Penerbitan Dan Perhiasan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Suci Al-Qur’an. Putrajaya: JAKIM.

Jabatan Mufti Negeri Selangor. 2015. Fatwa Pelupusan al-Qur’an dan Bahan Cetakan Agama Berteknologi Hijau Melalui Proses ‘Deinking’.

Manna al-Qattan. 1998. Mabahith fi Ulum al-Qur’an. Beirut:Risalah Publishers

Musharraf Hussain. 2012. Recyling Papers with Sacred Text. 22 September. https://www.musharrafhussain.com/recycling-papers-with-sacred-text/

Norizan Hassan, Hussin Salamon & Hasimah Abdul Rahman. 2016. Sumbangan Teknologi Hijau Dalam Ketamadunan Islam. Sains Humanika 8:3–2 (2016) 29–37. Johor: UTM Press.

Siti Aisyah Ab Gani & Mohd Nazri Ahmad. 2019. Proses Pengurusan Pelupusan Teks-Teks Al Qur’an di Jabatan Agama Islam Negeri Johor: Peranan Pihak Yang Bertanggungjawab Dan Permasalahannya. International Journal of West Asian Studies. Vol. 11, No. 1, (pp 45-57).

Syeikh Muhammad bin Ibrahim. 1399H. Fatawa wa Rasail. Makkah.

Syeikh Kamil Uwaidah. 2007. Pntrjmh al-Hasani, Basri Ibrahim. Himpunan Fatwa-Fatwa Semasa daripada Zaman Salafus Soleh Sehingga ke Zaman Ulama Masa Kini. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Syeikh Salih Fauzan. 2003. Majmu’ Fatawa. Riyadh: Dar Ibnu Khuzaimah.

Solahuddin Mahmud. 2005. Fatawa al-‘Ulama Hawla al-Qur’an al-Karim. Iskandariah: Dar al-Iman.

Downloads

Published

2022-10-02

How to Cite

Roslan, M. N. A., & Mohamad, Z. (2022). Kaedah-Kaedah Pelupusan Mushaf Al-Qur’an: Satu Analisis. Al-Takamul Al-Ma’rifi, 5(1), 1–11. Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/altakamul/index.php/altakmulfiles/article/view/89