WAKAF PENGAJIAN TINGGI: KAJIAN TERHADAP PENGARUH PELETAKAN PASARAN

Authors

  • Noor Hidayah Zainudin Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Wakaf, Institusi Pengajian Tinggi, Peletakan Pasaran, Imej, Personaliti

Abstract

Wakaf pengajian tinggi merupakan satu alternatif terbaik dalam membantu setiap IPT menjana pendapatan
bagi kelangsungan pembangunan dan pengurusan IPT. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh peletakan pasaran
terhadap wakaf pengajian tinggi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel terdiri daripada 381 orang
responden Muslim yang berumur 18 tahun ke atas di daerah Perak Tengah yang menempatkan IPT di Perak. Teknik
persampelan rawak sistematik digunakan bagi proses pengumpulan data kajian. Data dianalisis menggunakan dua kaedah
analisis statistik iaitu deskriptif dan inferens. Statistik deskriptif terdiri daripada analisis kekerapan, peratus, min dan
sisihan piawai dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Statistik inferens pula
melibatkan analisis Structural Equation Modeling (SEM) menerusi perisian Analysis of Moment Structures (AMOS).
Dapatan analisis hubungan langsung mendapati atribut peletakan pasaran iaitu imej (β=0.581, p<0.001) mempunyai
pengaruh yang signifikan terhadap kecenderungan berwakaf kepada IPT secara positif, manakala atribut personaliti (β=-
0.304, p<0.05) mempengaruhi kecenderungan berwakaf kepada IPT secara signifikan dan negatif. Justeru, peningkatan
imej IPT mampu mempengaruhi peningkatan terhadap wakaf pengajian tinggi. Kajian ini mendapati bahawa imej IPT yang
baik dan cemerlang membuka ruang dan peluang yang luas kepada kecemerlangan wakaf pengajian tinggi. Pengaruh
atribut imej yang signifikan dan positif telah membuktikan bahawa atribut peletakan pasaran berjaya mempengaruhi
peningkatan wakaf pengajian tinggi. Kesimpulannya, atribut peletakan pasaran berupaya mempengaruhi wakaf dalam
kalangan Muslim. Implikasinya, bagi meningkatkan wakaf pengajian tinggi dalam kalangan Muslim, pihak IPT perlu
mengambil kira peranan atribut peletakan pasaran dalam merangka program promosi terutamanya atribut imej.

Downloads

Published

2019-12-31

How to Cite

Zainudin, N. H. (2019). WAKAF PENGAJIAN TINGGI: KAJIAN TERHADAP PENGARUH PELETAKAN PASARAN. Al-Qimah Al-Mudhafah, 5(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/12

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.