WAKAF PENGAJIAN TINGGI: KAJIANTERHADAPPENGARUH PELETAKAN PASARAN

Authors

  • NoorHidayah Zainudin Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Zuraidah Zainol Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nurul Naim Ahmad Rasli Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah, Malaysia
  • Muhamad Faisal Bahari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah, Malaysia

Keywords:

Wakaf, Institusi Pengajian Tinggi, Peletakan Pasaran, Imej, Personaliti

Abstract

Wakaf pengajian tinggi merupakan satu alternatif terbaik dalam membantu setiap IPT menjana pendapatanbagi kelangsungan pembangunan dan pengurusan IPT. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh peletakanpasaranterhadap wakaf pengajian tinggi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel terdiri daripada 381orangresponden Muslim yang berumur 18 tahun ke atas di daerah Perak Tengah yang menempatkan IPT di Perak. Teknikpersampelan rawak sistematik digunakan bagi proses pengumpulan data kajian. Data dianalisis menggunakan duakaedahanalisis statistik iaitu deskriptif dan inferens. Statistik deskriptif terdiri daripada analisis kekerapan, peratus, mindansisihan piawai dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Statistik inferens pulamelibatkan analisis Structural Equation Modeling (SEM) menerusi perisian Analysis of Moment Structures (AMOS). Dapatan analisis hubungan langsung mendapati atribut peletakan pasaran iaitu imej (β=0.581, p<0.001) mempunyai
pengaruh yang signifikan terhadap kecenderungan berwakaf kepada IPT secara positif, manakala atribut personaliti (β=-0.304, p<0.05) mempengaruhi kecenderungan berwakaf kepada IPT secara signifikan dan negatif. Justeru, peningkatanimej IPT mampu mempengaruhi peningkatan terhadap wakaf pengajian tinggi. Kajian ini mendapati bahawa imej IPTyangbaik dan cemerlang membuka ruang dan peluang yang luas kepada kecemerlangan wakaf pengajian tinggi. Pengaruhatribut imej yang signifikan dan positif telah membuktikan bahawa atribut peletakan pasaran berjaya mempengaruhi
peningkatan wakaf pengajian tinggi. Kesimpulannya, atribut peletakan pasaran berupaya mempengaruhi wakaf dalamkalangan Muslim. Implikasinya, bagi meningkatkan wakaf pengajian tinggi dalam kalangan Muslim, pihak IPTperlumengambil kira peranan atribut peletakan pasaran dalam merangka program promosi terutamanya atribut imej.

 

Downloads

Published

2019-12-31

How to Cite

Zainudin, N., Zainol, Z., Ahmad Rasli, N. N., & Bahari, M. F. (2019). WAKAF PENGAJIAN TINGGI: KAJIANTERHADAPPENGARUH PELETAKAN PASARAN. Al-Qimah Al-Mudhafah, 5(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/20