Perkembangan dan Cabaran Inovasi Pendigitalan dalam Praktis Takaful Era Baharu

Authors

  • Noor Hidayah Zainudin
  • Muhamad Faisal Bahari
  • Nor Razuana Amram
  • Nazihah Wan Azman

Keywords:

Takaful, Inovasi, Digital, Takatech, Operator takaful

Abstract

Penerimaan industri takaful terhadap inovasi digital semakin positif dan berkembang maju dengan memperlihatkan penglibatan operator takaful yang menerapkan teknologi terbaru untuk meningkatkan kecekapan operasi, menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan memperluas akses kepada perlindungan takaful. Tujuan kajian ini mengkaji perkembangan semasa industri takaful, inovasi digital dalam perniagaan takaful dan cabarannya di Malaysia. Pertumbuhan industri takaful didorong oleh peningkatan kesedaran terhadap produk kewangan patuh syariah dan pertambahan populasi Muslim di seluruh dunia. Kaedah kajian ini menggunakan teknologi digital seperti teknologi Takatech, Kecerdasan Buatan (AI), blockchain, Internet of Things (IoT), Chatbot dan Robotic Process Automation (RPA) bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih cekap dan mudah diakses. Inovasi digital ini, akan meningkatkan kecekapan operasi operator takaful, menyediakan pengalaman bermanafaat kepada pelanggan, serta memperluaskan akses perlindungan takaful kepada lebih ramai individu di seluruh dunia. Kajian lanjutan dicadangkan agar dapat memberikan idea yang progresif bagi meningkatkan inovasi pendigitalan takaful, serta menyediakan asas yang kukuh untuk strategi dan perancangan masa depan dalam industri takaful di Malaysia.

Author Biographies

Nor Razuana Amram

Nazihah Wan Azman

Downloads

Published

2024-12-31

How to Cite

Zainudin, N. H., Bahari, M. F., Amram, N. R., & Wan Azman, N. (2024). Perkembangan dan Cabaran Inovasi Pendigitalan dalam Praktis Takaful Era Baharu. Al-Qimah Al-Mudhafah, 8(1), 76–83. Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/126

Most read articles by the same author(s)