Kajian Terhadap Keberkesanan Penggunaan Sistem ‘1 Government Financial Management Accounting System’ (1GFMAS) dalam Pengurusan Kewangan di Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak

Authors

  • Hani Bahiyah Bahari Jabatan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah, Malaysia
  • Ummu Salmah Mohamad Hussin Jabatan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah, Malaysia
  • Siti Nur Izyandiyana binti Ab Hadi Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah, Malaysia

Keywords:

IGFMS, Pengurusan Kewangan, Perakaunan Akruan

Abstract

Perakaunan akruan merupakan asas perakaunan yang membolehkan liabiliti hutang kerajaan dipantau, pelaporan kedudukan serta prestasi kerajaan dijana dengan lebih telus dan tepat. Sejajar dengan itu, Jabatan Akaun Negara Malaysia (JANM) telah membangunkan sistem yang lebih bersepadu iaitu ‘1 Government Financial Management Accounting System’ (1GFMAS). Migrasi dari sistem lama kepada sistem baru (1GFMAS) didapati telah memberi impak yang ketara dalam pelaksanaan pengurusan kewangan di organisasi kerajaan yang terlibat. Kecekapan tadbir urus terutama dalam sudut kewangan telah menurun dan rungutan mula timbul terutama berkaitan kesukaran pengguna menggunapakai sistem tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti penggunaan, kepuasan dan persepsi pengguna terhadap sistem 1GFMAS ini. Kajian tinjauan menggunakan borang soal selidik dilaksanakan secara spesifik ke atas pegawai dan kerani di unit-unit kewangan pejabat-pejabat pendidikan daerah seluruh negeri Perak. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) for Window Version 22.0 dan dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa penggunaan 1GFMAS mempermudahkan tugas-tugas pengurusan kewangan dan memerlukan kursus atau sesi pemantapan profesion dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun, penggunaaan sistem ini masih di tahap yang rendah. Ini berkemungkinan kerana banyak modul-modul utama di dalam sistem ini yang tidak digunakan kerana had kuasa kerja pengguna di peringkat responden sendiri tidak membenarkannya.

Downloads

Published

2019-12-31

How to Cite

Bahari, H. B., Mohamad Hussin, U. S., & Ab Hadi, S. N. I. binti. (2019). Kajian Terhadap Keberkesanan Penggunaan Sistem ‘1 Government Financial Management Accounting System’ (1GFMAS) dalam Pengurusan Kewangan di Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak. Al-Qimah Al-Mudhafah, 5(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/42