PERANAN ADTEC TAIPING DALAM PELAN GKR BAGI MENGHASILKAN PEKERJA-PEKERJA BERKEMAHIRAN TVET

Authors

  • Nor Akmal Rizal Mansor Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping
  • Ahmad Faizul Shamsudin Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping
  • Najhan M.Ibrahim Universiti Sultan Azlan Shah

Keywords:

Gagasan Kamunting Raya (GKR), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, Northern Corridor Implementation Authorities (NCIA), Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Abstract

Gagasan Kamunting Raya (GKR) merupakan satu pelan pembangunan yang komprehensif yang telah diusahakan
dengan kerjasama bersepadu pihak NCIA, EPU, agensi kerajaan negeri dan juga persekutuan seperti Pusat Latihan
Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping dalam mencapai strategi dan wawasan yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Perak Aman Jaya [1]. Selain penekanan terhadap pembangunan modal insan, teknologi maklumat dan
telekomunikasi (ICT), teknologi hijau dan sumber manusia, pelan pembangunan ini juga telah menekankan keperluan
untuk memastikan akses yang maksimum kepada kemudahan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat
setempat tanpa mengira bangsa dan jantina bagi merebut peluang dalam mendapatkan pekerjaan yang berpendapatan
tinggi yang wujud di kawasan GKR yang meliputi daerah LMS bermula dari Pondok Tanjung sehingga ke Trong [1]. Seiring dengan usaha untuk mencapai wawasan komuniti lestari dan pintar dengan gaya hidup bertaraf dunia maka
keperluan pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) perlu diberi penekanan oleh ADTEC Taiping bagi
memenuhi permintaan tenaga kerja mahir bagi tempoh sehingga 2030 sepertimana yang digariskan dalam Sub-Key
Result Areas 2.4 Pembangunan Masyarakat Berinovasi [1]

Downloads

Published

2022-09-20

How to Cite

Mansor, N. A. R., Shamsudin, A. F., & M.Ibrahim, N. (2022). PERANAN ADTEC TAIPING DALAM PELAN GKR BAGI MENGHASILKAN PEKERJA-PEKERJA BERKEMAHIRAN TVET. Al-Qimah Al-Mudhafah, 3(1). Retrieved from http://jurnal.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/47