Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor

Authors

  • Sarimah Mokhtar Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau, 91009,Tawau Sabah, Malaysia
  • Mohd Kashfi Mohd Jailani Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau, 91009, Tawau Sabah, Malaysia
  • Ab. Halim Tamuri Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Kamarulzaman Abdul Ghani Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.7187/GJAT072011.01.01

Keywords:

Penghayatan akhlak, Skor min, Jantina, Lokasi, Kategori, Sekolah

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti profil penghayatan akhlak Islam pelajar sekolah menengah di Selangor dari aspek jantina, lokasi sekolah (bandar dan luar bandar) dan kategori sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Teknik / Vokasional
(SMT/V). Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan antaranya. Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif ke atas 665 pelajar sekolah menengah di Selangor dengan menggunakan soal selidik ‘Amalan Penghayatan Akhlak Islam’ (IMAP) pelajar Sekolah Menengah yang telah dibina sendiri oleh pengkaji dengan persetujuan sepuluh orang pakar. Di dalam kajian ini, statistik deskriptif dalam bentuk skor min digunakan. Bagi profil jantina menunjukkan pelajar perempuan dominan dalam ketiga-tiga domain iaitu domain sifat peribadi, domain amalan sosial dan domain amalan agama. Domain antara lokasi sekolah pula menunjukkan kumpulan pelajar dari bandar lebih baik penghayatan akhlak Islam dari pelajar luar bandar. Kedudukan kategori sekolah yang lebih tinggi dari segi penghayatan Akhlak Islam mengikut susunan bermula dari kategori sekolah SMKA, SBP,
SABK, SMK dan SMT/V dalam dapatan kajian pengkaji terhadap kesemua domain penghayatan akhlak Islam. Implikasi kajian ini menunjukkan guru dan pentadbir sekolah perlu peka terhadap penghayatan akhlak Islam yang berbeza bagi setiap individu pelajar. Guru seharusnya memberi perhatian serius untuk memaksimumkan penghayatan akhlak Islam pelajar bagi semua kategori sekolah.

References

Al-Quran

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia.

Ab.Halim Tamuri & Yusoff, N. M. (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.

Ab. Halim Tamuri dan Mohd Yusoff Zulkifly. (2007). A Study on Malaysian Secondary Students’ Perceptions on the Teaching of Akhlaq. Journal Muslim Education Quarterly, 23(3&4):16-32.

Al-Ghazali, Abu Hamid. (1982). Ihya’ ‘ulum al-din. Dar al-Fikr, Beirut, Lebanon.

Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan Akhlak dan Adab Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd., Kuala Lumpur, Malaysia.

Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Tesis PhD. Fakulti Pendidikan UKM, Bangi, Selangor, Malaysia.

Azhar Hj Ahmad. (2010). Strategi Pembelajaran Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak. PROFES Publication, Sarawak, Malaysia.

Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd., Kuala Lumpur. Malaysia

Downloads

Published

02-07-2024

How to Cite

Sarimah Mokhtar, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Ab. Halim Tamuri, & Kamarulzaman Abdul Ghani. (2024). Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor. Global Journal Al-Thaqafah, 1(1), 71–77. https://doi.org/10.7187/GJAT072011.01.01

Most read articles by the same author(s)