Model Kepenggunaan-Wasatiyyah Untuk Mengimbangi Fenomena Kepenggunaan Dalam Sistem Ekonomi Liberal- Kapitalis: Satu Sorotan
DOI:
https://doi.org/10.7187/GJAT122017-8Keywords:
Kepenggunaan, Wasatiyyah, Fenomena, Ekonomi, Liberal-kapitalisAbstract
Dalam sistem ekonomi liberal-kapitalis yang diguna pakai secara meluas pada ketika ini, seseorang yang membelanjakan pendapatannya bagi tujuan memaksimumkan utiliti material merupakan sesuatu yang rasional dan digalakkan. Hal ini kerana penggunaan utiliti material yang maksimum dijadikan sebagai ukuran kemajuan. Dengan itu, semakin tinggi kepenggunaan utiliti material, semakin tinggilah tahap kemajuan. Walau bagaimanapun, memaksimumkan penggunaan utiliti bagi mencapai kepuasan material sebegini boleh menimbulkan kesan negatif terutamanya masalah keberhutangan yang serius dan muflis. Masalah ini berlaku apabila para pengguna membelanjakan pendapatannya bagi tujuan memaksimumkan kepuasan material melampaui kemampuan. Justeru, mereka terpaksa berhutang. Sebagai umat Islam, bagaimanakah penggunaan yang sepatutnya diamalkan? Apakah ukurannya juga berasaskan kepenggunaan utiliti yang maksimum seperti dalam sistem ekonomi liberal-kapitalis yang banyak diamalkan sekarang ataupun terdapat ukuran yang khusus hingga melahirkan satu bentuk kepenggunaan yang unik? Berhubung isu inilah, makalah ini bertujuan meneliti fenomena kepenggunaan dalam sistem ekonomi liberal-kapitalis dan meneroka satu model kepenggunaan yang lebih berhemah dan terbaik (wasatiyyah). Dalam perkataan lain, ia dikenali sebagai kepenggunaan-wasatiyyah. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini hanya melibatkan penerokaan idea berkaitan model kepenggunaan- wasatiyyah. Hasilnya ia menemukan model kepenggunaan-wasatiyyah yang berfalsafahkan tauhid, tahap kepenggunaan yang berakar umbikan komponen maqasid al-syari‘ah dan bermatlamatkan mencapai keredaan Allah SWT.
References
Abdul Aziz Sahidin, Azizah M. Isa, Mohd Shukor Abdul Manan & Habibah Lehar (2000). Teori penggunaan menurut perspektif Islam, in. Ghafarullahhuddin Din et. al. (eds.), Ekonomi Islam. Shah Alam, Selangor: Biroteks Universiti Teknologi MARA.
Abdul Halim Abd Kadir, Nor Azzah Kamri & Baharom Kassim. (2013). Maqasid Syariah: Isu- isu kepenggunaan, realiti dan cabaran, in Abdul Karim Ali & Mohd Nazri Chik (eds.), Maqasid Syariah isu-isu kepenggunaan: Realiti dan cabaran. Selangor: Persatuan Ulamak Malaysia.
Abdul Monir Yaacob. (2015). Manhaj wasatiyyah dalam pelaksanaan hukum di Malaysia, in Mohd Yusuf Din (eds.), Penghayatan wasatiyyah dalam kerangka maqasid syariah. Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia (IMW).
Abdullah Md. Zin. (2012). Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1 Malaysia. Kuala Lumpur: Kasturi Jingga Corporation Sdn. Bhd.
Abdullah Md. Zin. (2013). Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan. Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia (IMW).
Abdullah Md. Zin. (2014). Penghayatan Wasatiyyah Dalam Pentadbiran Malaysia. Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia (IMW).
Afzal-ur-Rahman. (1974). Economic doctrine of Islam. Vol. 2. Lahore, Pakistan: Islamic Publication Ltd.
Al-‘Alim, Yusuf Hamid. (1997). Al-Maqasid al-syariʿat al-Islamiyyat. Al-Khartum: Dar al- Sudaniyyat.
Aleya Amri. (2016). 68 Peratus Rakyat Malaysia Hutang Tinggi. Retrieved July 20, 2016, from https://www.google.com.my/ node 130350/amp.
Al-Fayruz Abadi, Muhammad Ibn Ya‘qub al- Fayruz Abadi. (1997). Al-Qamus al-Muhit. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Alamiyyah.
Ali Muhammad al-Salabiy. (1999). Al- Wasatiyyah fi al-Qur’an al-Karim. ‘Amman, Jordan: Dar al-Nafa’is.
Al-Qaradawi, Yusuf. (1995). Al-hayah al- rabbaniyyah wa al-‘ilm. Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah.
Al-Qaradawi, Yusuf. (2000). Kemiskinan dan cara Islam mengatasinya (Musykilat al- Fiqr wa kayfa ‘alijuha al-Islam), terj. Arsil Ibrahim. Kuala Lumpur: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).Al-Raysuni, Ahmad. (1996). Nazariyyat al-maqasid ‘inda al-Imam al-Syatibiy. Riyad: Dar al-‘Alamiyyat li al-Kitab al-Islamiy.
Al-Syatibi. (t.t). Al-Muwafaqat fi usul al-ahkam. Beirut: Dar al-Ma’rifah.
Basri Abd. Ghani, Abd Aziz Harjin & Sayuti Abd. Ghani (2008). Konsep Penggunaan dari Perspektif Ekonomi Islam. Paper presented at Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 2008, organised by
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 15 Oktober 2008.
Biraima, M.E. (1991). Qur’anic model for a universal economic theory. JKAU: Islamic Econ., Vol. 3, p. 3-41 (1411 A.H./1991 A.D.
Bontrup, H.J. (1998). Volkswirtschaftslehre. Munich, Germany: R. Oldenbourg Verlag.
Carroll, P. (2009). Articulating theories of states and state formation. Journal of Historical Sociology, Vol. 22, Issue 4, December 2009, p. 553–603
Chandra Muzaffar. (2011). Prinsip Wasatiyyah Jadi Teras Gagasan 1Malaysia: Masyarakat Majmuk Perlu diberi Kesedaran Mengenai Kepentingan, Keadilan, Keseimbangan. Dipetik pada 14 Disember 2016. Dipetik dari http:// www.bharian.com.my /articles/
Fadhilah Mat Nor, Aza Shahnaz Azman, Mawar Murni Yusnos & Abdul Ghafar Ismail (2016). Epistemologi Tauhid Dalam Pemikiran Ekonomi: Teori Penggunaan. Paper presented at International Conference on Aqidah, Dakwah & Syariah (IRSYAD 2016), at Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam, 10 May 2016.
Gailbraith, J.K. (1967). The New Industrial State. London, UK: Pelican Books.
Ghilman Nursidin. (2012). Konstruksi pemikiran maqāṣid al-syariʿat Imam al-Haramayn al- Juwayniy (Kajian Sosio-Historis). Post- graduate thesis, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Walisongo, Semarangan, Indonesia. Unpublished.
Hal R. Varian, H.R. (1996). What use is economic theory? in Steven Medema (ed.), Foundations of Research in Economics: How do Economists Do Eco-nomics?. United Kingdom: Edward Elgar.
Heilbroner, R.L. (1962). The Making of Economic Society. Englewood Cliffs, New Jersey, USA: Prentice-Hall.
Hishamuddin Rais. (2016). Pembaziran Makanan di Malaysia Sangat Tinggi. Retrieved July 20, 2016, from http://m.utusan.com. my/bisnes/ekonomi/rakyat-malaysia-paling- ramai- berhutang-1.196814.
Ibn Manzur, Abi al-Fadl Jamal al-Din Muhammad bin Mukram al-Afriqiy al-Misriy. (1993). Lisan Al-‘Arab. Jld. 11. Beirut, Lubnan: Maktabah Tahqiq Al-Turath.
Ismail Al-Hasani. (1995). Nazariyyat al- maqasid ‘inda al-Imam Muhammad al-Tahir Ibn al- ‘Asyur. Virginia: International Institute of Islamic Thought.
Ismail Ibrahim. (2012). Wasatiyyah dan Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia, in Muhammad Mustaqim Mohd Zarif (ed.), Islam dan Wasatiyyah. Nilai, Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Jon Hanson (2005). Good debt, bad debt: Knowing the difference can save your financial life. New York: Penguin Group.
Kahf, M. (1989). “Islamic economics system :A review”, in Aidit Ghazali & Syed Omar (eds.), Reading concept and methodology ofislamic economics. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Kahf, M. (1992a). A Contribution to the Theory of Consumer Behaviour in an Islamic Society. Studies in Islamic Economic, International Centre for Research in Islamic Economics KAAU, Jeddah, p. 19-36
Kahf, M. (1992b). The Theory of Consumption, in Sayyid Tahir et. al. (eds), Readings in Microeconomics: An Islamic Pespective. Petaling Jaya, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Khader Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Mohd Khairi Shafie, Sedek Ariffin, Fauzi Deraman & Mustafa Abdullah. (2016) Penekanan aspek wasatiyyat bagi pembangunan kesejahteraan masyarakat Islam melalui pengubatan alternatif Islam: pengalaman di Malaysia. Retrieved October 26, 2016, from http://www.academia. edu/21494290/.
Khalijah Mohd Salleh. (2011). “Sains tauhidik & implikasi terhadap pendidikan”, in Khalijah Mohd Salleh (ed.), Pendidikan sains berteraskan tauhid. Bangi, Selangor: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Khan, M. F. (1992). Thoery of consumer behaviour in an Islamic theory of consumer, in Readings in Microeconomics: An Islamic Pespective. Petaling Jaya, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Khurshid Ahmad. (1980). “Economic development in an Islamic framework”, in Khurshid Ahmad et al. (eds.), Studies in Islamic economic. Jeddah: International Centre for Research in Islamic Economics King Abdul Aziz University, Jeddah & The Islamic Foundation, United Kingdom.
Mahmud Abdul Rahman. (2015). Wasatiyyah di Arab Saudi: manhaj dan pelaksanaan, in Mohd Yusuf Din (ed.), Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah. Putrajaya:Institut Wasatiyyah Malaysia.
Marshall, A. (1890). Principles of economics. London: Macmillan and Co.
Meadows, E. (1977). “The New and Improved Consumer Behavior Theory”, Studies in Economics and Finance, Vol. 1 Issue 1, p.16- 27, https://doi.org/10.1108/eb028586
Mohammad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli, Mariam Abdul Latif & Dzulkifly Mat Hashim Suhaimi Ab Rahman (2012). Pendidikan kepenggunaan halal di Malaysia, in. Norarfan Zainal et al. (eds.), Membongkar Rahsia Pendidikan Islam. Bandar Seri Begawan: Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, p. 285-289.
Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. (2012). Pengenalan kepenggunaan Islam. Retrieved December 15, 2013, from http://www.academia.edu/4350011/ Pengenalan_kepenggunaan_Islam. Mohd Najib Abdul Razak. (2015a). Memartabatkan Wasatiyyah. Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia (IMW).
Mohd Najib Abdul Razak. (2015b). Pelaksanaan Menyeluruh Wasatiyyah. Putrajaya: InstitutWasatiyyah Malaysia (IMW).
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2012). Memahami wasatiyyah, in Koleksi artikel pilihan sempena Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia. Kuala Lumpur: Sekretariat Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia.
Mohd Shukri Hanapi. (2014). Tasawur Islam dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Syukri Salleh (2013). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd.
Muhammad Syukri Salleh. (2003). Tujuh prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Edition Sdn. Bhd.
Noor Ashikin Hamid, Nur Amani Pauzai & Shariffah Nuridah Aisyah Syed Nong (2011). Konsep Kepenggunaan Mengikut Syariah danAplikasinya Dalam Undang-Undang Malaysia. Jurnal Kanun Undang-undang Malaysia, Vol.1, June 2011, Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu.
Norliza Abdul Wahid. (2011). Penggunaan dalam konteks ekonomi islam dan perbandingan dengan ekonomi konvensional. Project paper Faculty of Economics and Administration. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Nur Nazlina Nadzari. (2016). Rakyat Malaysia paling ramai berhutang. Retrieved July 20, 2016, from http://www.mstar.com.my/lain- lain/rencana/2016/05/30/pembaziran-makanan/.
Nurshuhaida Abdul Razak & Siti Zaiton Mohd Dali. (2012). Perbezaan analisis kepenggunaan menurut ekonomi konvensional dan ekonomi Islam. Paper presented at Persidangan K e b a n g s a a n Ekonomi Malaysia ke-VII (PERKEM VII), Ipoh, Perak, 4-6 Jun 2012.
Pollak, R.A. (1969). Conditional Demand Functions and Consumption Theory, The Quarterly Journal of Economics, 1969, Vol. 83, Issue 1, p. 60-78.
Raiklin, E., & Uyar, B. (1962). On the Relativity of the Concepts of Needs, Wants, Scarcity and Opportunity Cost. International Journal of Social Economics, 23(7), 49-56.
Sardar, Z. (1990). Masa Hadapan Islam (Islamic Future: The Shape of Ideas to Come), translated by Mohd Siden Ahmad Ishak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Siddiqi, M.N. (1992). Islamic Consumer Behaviour, in Readings in Microeconomics: An Islamic Pespective. Petaling Jaya, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Surtahman Kastin Hasan. (2011). Ekonomi Islam Pengenalan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syaidatana Siti Aishah Ab Aziz. (2014). Konsep Wasatiyyah Dalam Gagasan 1Malaysia: Analisis Berdasarkan Tafsiran Ayat 143 Surah Al-Baqarah. Master Dissertation (M.Soc – Islamic Development Management), Centre for Islamic Development Management (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Penang. Unpublished.
Syed Omar Syed Agil (1992). Rationality in Economic Theory, in Readings in Microeconomics: An Islamic Pespective. Petaling Jaya, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Wan Kamal Mujani, Ermy Azziaty Rozali & Nor Jamaniah Zakaria. (2015). The wasatiyyat (moderation) concept: Its implementation in Malaysia. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(4), 66.
Weber, M. (1958). From Max Weber: Essays in sociology. New York : Oxford University Press.
Zaharuddin Abd Rahman. (2014). Fiqh kewangan Islam: halal dan haram dalam sistem jual beli Islam. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2011). Wasatiyyah Konsep dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2014). Maqasid al-Syari‘at: Satu Pengenalan Umum. Negeri Sembilan: Pustaka Cahaya Kasturi.