Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Dalam Kalangan Pengawai Runding Cara di Jabatan Agama Islam Perak
Keywords:
Tahap pengalaman, pengetahuan, kemahiran kaunselingAbstract
Perkembangan profesionalisme kaunselor di Malaysia boleh dikatakan bergerak agak pesat dan telah mendapat tempat dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, ianya masih belum mencukupi untuk dilaksanakan di semua jabatan dan agensi di seluruh negera. Masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat yang menjalankan peranan sebagai kaunselor namun kurang mempunyai kemahiran dan kelulusan dalam bidang kaunseling. Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang Pegawai Runding Cara yang bertugas bahagian kaunseling di Pejabat Agama Islam negeri Perak. Penyelidikan telah dijalankan di lima belas pejabat agama Islam di negeri Perak, yang bertujuan untuk mengenal pasti keperluan perkhidmatan Kaunseling dalam kalangan pegawai runding cara. Penyelidikan dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual dengan responden. Analisis manual transkrip telah digunakan untuk menganalisis maklumat temu bual, membina tema, kategori dan subkategori responden kajian. Keputusan menunjukkan responden mempunyai persepsi yang positif dan percaya bahawa perkhidmatan tersebut boleh memberi banyak manfaat dalam bimbingan kekeluargaan dan masalah konflik keluarga serta boleh membantu orang ramai menyelesaikan masalah di jabatan agama. Namun fenomena itu masih belum cukup untuk mendorong perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana pengalaman, pengetahuan dan kemahiran kaunseling yang yang mereka ada sangat asas dan amat terbatas. Ini adalah kerana mereka masih kurang pengetahuan ilmu kaunseling dan kemahiran kaunseling sehingga boleh mencapai peringkat profesionalisme dalam memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada masyarakat secara khusus. Aspek yang penting dalam kaunseling yang kurang diberi penekanan ialah dalam aspek kerahsiaan, teknik dan pendekatan teori kaunseling, penulisan laporan sesi kaunseling serta latihan professional kaunseling secara berkala.
References
Abdul Ghani Sulaiman. (1999). Kemahiran Asas Kaunseling. Selangor Darul Ehsan: Kemaman Printing Press Sdn. Bhd.
Abdul Halim Othman. (1990), Kearah Satu Profesional Kaunseling di Malaysia, Jurnal Personalia Pelajar 1, 2, 3.
Abdul Halim Othman. (2007), Kaunseling Untuk Kesejahteraan Insan, Satu Pengalaman di Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Amir Awang. (1984). Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kesejahteraan Masyarakat, Jurnal PERKAMA, 1, 1-12.
Amir Awang. (1987). Teori-teori Kaunseling dan Psikoterapi. Pulau Pinang: UniversitiSains Malaysia.Gazda,G.M., Asbury,F.R., Balzer, F.J., Childers, W.C., & Walters, R.P.
Amla Haji Md. Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat. (2003). Kaunseling Sekolah. Siri Penerbitan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Halim Othman. (2001). Senario Pendidikan dan Latihan Kaunselor di Malaysia. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Kepiawaian Pendidikan dan Latihan Kaunselor di Malaysia. 2-3 April. Quality Hotel, Kuala Lumpur.
Abdul Halim Othman, Shuib Che Din dan Sapora Sipon. (2000). Latihan Kaunseling di Malaysia: Satu Ulasan dan Cadangan. Jurnal PERKAMA 8: 137-151.
Abdul Malek Mat Zin. (2003). Kemahiran Mendengar Dalam Kaunseling. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Adawiyah Ismail (2007). Kaunseling Islam Ke Arah Pembentukan Keluarga Dinamik. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Alterkruse, M. K., Harris, H. L., and Brandt, M.A. (2001). The Role of Professional Counsellor in the 21st Century. Journal Counselling and Human Development. 34 (4):28-38.
Corey, G. (2004). Theory and Practice of Group Counselling. (6th ed.) Pacific Grove, CA: Brooks /Cole.
Corey, G. (2005). Theory Practice of Counselling and Psychotherapy. (7th ed.) Thomson: Brooks/Cole Publishing Company.
Corey, G. (2012). Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, Ninth Edition Gerald Corey. Eighth Edition. Brooks/Cole, Cengage Learning.
Daniel, J. (2006). Rehabilitation Counsellor Willingness to Intergrate Spirituality into Client Counselling Sessions. Journal of Rehabilitation. Humanrelations development: A manual for educators (2nd ed). Boston: Allyn &Bacon.
Ishammuddin Ismail. (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur.Aras Mega (M). Sdn. Bhd.Jones, R.N (2004). Practical Counselling and helping skills. Sage Publications.LondonPatterson, C.H. (1973).
Jeff Chang (2010). The Reflecting Team: A Training Method for Family Counsellors. The Family Journal 18(1): 36-44.
Jennifer M. Cook & Shruti S. Poulsen. (2011). Utilizing Photograps with The Genogram: A Technique for Enhancing Couple Therapy. Journal of Systemic Therapy. 30 (1) : 14-23.
Jonathan E. Mosko & Carole Pistole (2010). Attachment and Religiousness: Contributions to Young Adult Marital Attitudes and Readiness. The Family Journal: Counselling and Therapy for Couple and Families. 18(2); 127-135.
Joshua N. (2010). The Effectiveness of Religiously Tailored Couple Counselling. Abstract From: Proquest File Desertation Abstract Item: AAT3398764.
Mohd Nasir (2006). Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn Bhd.
Neukrug, E. (2007). The World of The Counsellor: An Introduction to The Counselling Profession. Third Edition. Old Dominion University. U.S.A.: Thomsom Brooks/Cole.
Normazwin Yahya (2007). Kesedaran Kaunselor Terhadap Dual: Satu Kajian Kualitatif Kepada Kaunselor Sekolah. Jurnal Psikologi dan Kaunseling. KPM, 1, 41-58.
Sulaiman Shakib (2011). Membina Model Khidmat Nasihat Keluarga Islam di Masjid-Masjid Daerah Negeri Johor. Tesis Doktor Falsafah . Universiti Teknologi Malaysia.
Zakaria Mohamad (2007). Pola Pengetahuan, Kefahaman dan Penggunaan Teori di Kalangan Kaunselor di Malaysia. Bangi: UKM.
Zuria Mahmud (2005). Perlunya Kaunselor Sekolah Menjalankan Sesi Kaunseling. Seminar Kaunseling Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia Kali ke-2. 30 Mei-2 Jun. Hotel City Bayview.
Undang-undang Malaysia, (1998), Akta Kaunselor 1998, Kuala Lumpur, Percetakan National Berhad.
Peraturan-peraturan Kaunselor, Kelakuan dan Tatatertib (1999), Lembaga Kaunselor Malaysia, Kuala Lumpur.