Gaya Asuhan Ibu Bapa, Personaliti Psiko-Spiritual dengan Daya Ketahanan Diri dalam Kalangan Pelajar Usas
Keywords:
Gaya Asuhan Ibu Bapa, Personaliti Psiko-Spiritual, Daya Ketahanan DiriAbstract
Daya ketahanan diri merupakan salah satu elemen penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi iaitu mampu memberi sumbangan kepada kemajuan sesebuah negara. Dewasa ini, keupayaan generasi muda dalam memenuhi kriteria tersebut telah menjadi persoalan besar dalam kalangan masyarakat setempat. Hal ini demikian kerana golongan ini seringkali dilaporkan terlibat dengan gejala yang tidak bermoral seperti merokok, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Sehubungan itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti hubungan di antara gaya asuhan ibu bapa, personaliti psiko-spiritual dengan daya ketahanan diri dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 250 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak. Data bagi kajian ini telah diperolehi menerusi kaedah tinjauan menggunakan soal selidik iaitu merangkumi Parental Authority Questionnaire (PAQ), Ummatic Personality Inventory (UPI) dan Skala Ketahanan Diri (SKD). Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa gaya asuhan ibu bapa yang paling dominan dalam kalangan pelajar adalah autoritatif (X = 3.707, SP = 0.573), diikuti dengan autoritarian (X = 3.395, SP = 0.672) dan permisif (X = 2.867, SP = 0.682). Majoriti pelajar juga mempunyai tahap personaliti psiko-spiritual (X = 3.788, SP = 0.445) dan daya ketahanan diri (X = 5.432, SP = 0.720) yang tinggi. Hasil analisis korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya asuhan ibu bapa autoritatif (r = 0.299, p < 0.01) dan autoritarian (r = 0.142, p < 0.05) dengan personaliti psiko-spiritual dalam kalangan pelajar. Gaya asuhan ibu bapa autoritatif (r = 0.318 p < 0.01) dan autoritarian (r = 0.136, p < 0.05) juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan daya ketahanan diri dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pembinaan intervensi yang menekankan elemen gaya asuhan ibu bapa dan personaliti psiko-spiritual adalah penting bagi meningkatkan lagi kualiti daya ketahanan diri golongan pelajar masa kini.
References
Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin & Jamaludin Tubah. (2006). Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran Alaf Baru. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Adib Asnawi, Agnis Sombuling & Lailawati Madlan @ Endalan. (2017). Penerimaan Gaya Keibubapaan dalam Kalangan Remaja dan Kesannya Terhadap Perkembangan Kecerdasan Emosi. Jurnal Psikologi Malaysia, 31(2), 78-89.
Abdul Munir Ismail, Saharizah Mohamad Salleh dan Misnan Jemali. (2016). Analisis Bentuk Didikan Ibu Bapa Bagi Membentuk Sahsiah Cemerlang: Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Jurnal Perspektif, 8(2), 1-10.
Adibah Sulaiman, Ezad Azraai Jamsari & Noorsafuan Che Noh. (2014). Islamic Environment in Child Development According to The Views of Imam al-Ghazali. Medditerranean Journal of Social Sciences, 5(29), 33-39.
Aerisuli Awang. (2011). Penghayatan Ibadah dan Kesannya Terhadap Hubungan Sosial di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu. Disertasi. Universiti Malaya.
Aini Faezah Ramlan, S Salahudin Suyurno, Muhammad Taufik Sharipp, Abdul Rauf Ridzuan & Siti Nur Farrah Faadiah Abd Ghani. (2018). The Influence of Family Communication In Developing Muslim Personality: An Overview of Family Communication Patterns Theory. E-Journal of Islamic Thought and Understanding, 1(1), 60-73.
Aisha Siddiqa dan Anis Jahan. (2018). The Relationship Between Spirituality and Resilience. Interdisciplinary Multilingual Refereed Journal, 37(5), 39- 44.
Ali Hafizar Mohamad Rawi, Norida Abdullah & Siti Nurul Suhada Shamsul Al-Kamal. (2017). Hubungan di antara Jenis Komunikasi dan Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja: Kajian Literatur. Journal of Human Capital Development, 10(1), 55-68.
Amy Mohamad. (2019, Januari 17). “Hebatnya Cara Rasulullah Saw Mendidik Anak”- Ustazah Asni Abu Mansor. Nona.
Asmaliah Ismail. (2017). Program Pencegahan Masalah Sosial Remaja. Portal MyHealth.
Asmawati Desa, Fatimah Yusooff, Zainah Ahmad Zamani, Nor Ba’yah Abdul Kadir dan Mohd Norahim Mohamed Sani. (2015). Kemahiran Keibubapaan, Kefungsian Keluarga Dan Kesejahteraan Psikologi dalam Kalangan Ibubapa. Jurnal Psikologi Malaysia, 29(2), 32-42.
Atikah Osman & Siti Aishah Yahya (2018). Hubungan di antara Penghayatan Agama dengan Kesejahteraan Psikologi dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Maw‟izah, 1(2018), 154 - 165.
Azizi Yahaya & Shahrin Hashim. (2008). Mengenal Personaliti Remaja. Retrieved from 10.13140/2. 1.2647.2321.
Baumrind, D. (1991). The Influence of Parenting Style On Adolescent Competence and Substance Use. Journal of Early Adolescence, 11(1), 56-95.
Cherry, K. (2019). 8 Characteristics of Authoritarian Parenting. The Effects of Authoritarian Parenting On Children. Retrieved from https://www.verywellmind .com/what-is-authoritarian-parenting-2794955.
Cohen, H. (2018). What is Resilience. PcychCentral.com. Retrieved from https://psychcentral.com/lib/what-is-resilience/
Diana, Wulandari and Lee, Jun Choi & Sawan @ Mohammad Syawal Narawi (2018). Pengaruh Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Gejala Ponteng Sekolah. Journal of Education and Social Sciences, 9(2), 11-22.
Dinar Sari Eka Dewi & Hazaliza Hamzah. (2019). The relationship between spirituality, quality of life, and resilience. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 349, 145-147.
Euis Sunarti, Intan Islamia, Nur Rochimah & Milatul Ulfa. (2018). Resiliensi Remaja: Perbedaan Berdasarkan Wilayah, Kemiskinan, Jenis Kelamin dan Jenis Sekolah. Jur. Ilm. Kel. & Kons, 11(2), 157-168.
Faizah Abdul Ghani, Suraya Lin Abdullah Kamal & Azian Abd Aziz. (2014). The Implications of Parenting Styles of the Akhlak of Muslim Teenagers in The South Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 114, 761-765.
Habibie Ibrahim, Mazni Mustapha, Joki Perdani, Puteri Hayati Megat Ahmad & Nurul Hudani Md Nawi. (2018). Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa dalam Pengasuhan Anak dan Remaja. Asian Social Work Journal, 3(5), 18-24.
Hamidah Sulaiman. (2013). Hubungan di antara Kecerdasan Emosi dengan Gaya Asuhan Ibu Bapa dalam Kalangan Remaja Sekolah. Tesis. Universiti Malaya.
Hasna Bidin. (2016). Perlaksanaan Solat dalam Kalangan Pelajar Muslim di Kolej Komuniti Negeri Johor. Tesis. Universiti Teknologi Malaysia.
Hissan Hathut. (2015). Isu 40-Majalah Jom!: Misi Tak Mustahil. Kuala Lumpur: Deen Prints.
Hoddinott, J. (2014). Resilience: A Primer. Retrieved from https://books.google.com.
Husni Mohd Radzi, Lilie Zahara Ramly, Farhaniza Ghazali, Sapora Sipon & Khatijah Othman. (2014). Religious and Spiritual Coping Used by Student In Dealing With Stress And Anxiety. International Journal of Asian Social Science, 4(2), 314-319.
Intan Farhana Saparudin & Siti Nabilah Che Soh. (2018). Elemen Psiko-Spiritual dalam Menangani Delinkuensi Remaja. Human Sustainability Procedia (INSAN 2018 E-Proceeding). Johor Bahru, Johor, Malaysia, 7-8 November 2018.
Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Jasmadi & Lailatul Muslimah Dosen. (2016). Hubungan Kualitas Dzikir dengan Kebahagiaan Pada Mahasiswa Aktivis Dakwah Kampus (ADK) Unsyiah. Jurnal Psikoislamedia, 1(1), 1 - 22
Johari Talib, Maharam Mamat, Maznah Ibrahim & Zulkifli Mohamad. (2017). Penerokaan Gaya Keibubapaan Ibu Bapa Kelas Sosial Rendah yang Mempunyai Anak Bepencapaian Rendah. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial, 1, 8-12.
Kamarul Azmi Jasmi, Azmi Maricar Ahamed & Jawwal Miqdam Mohd Noor. (2015). Mahasiswa dan Matlamat Hidup in Mahasiswa dan Kehidupan Menurut Perspektif Islam. Skudai, Johor: Penerbit UTM Press.
Khairani Kaharuddin dan Mohd. Dahlan A. Malek. (2014). Perkaitan Keibubapaan dan Keagamaan dengan Kesedaran untuk Berubah di kalangan Remaja Pelajar Politeknik Kuching Sarawak Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga, 2014, 1-9
Khairul Anwar Mastor & Hasnan Kasan. (2019). Religiosity, Personality Development and Protective Mechanism Against Disobedience: A Review. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 20, 13-23.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Kustiah Sunarty & Gufran Darma Dirawan. (2015). Development Parenting Model to Increase the Independence of Children. International Education Studies, 8(10), 107-113.
Loganathan, G. (2015). Hubungan di antara Gaya Asuhan Ibu Bapa dan Penghargaan Diri dengan Tingkah Laku Delinkuen Remaja. Tesis. Universiti Putra Malaysia.
Maboudeh Mohammadi, Akram Sanagoo, Abolfazl Kavosi & Ali Kavosi. (2018). Association of Parenting Style with Self-Efficacy and Resilience of Gifted and Ordinary Male High Scholl Students in Sari, Iran. Journal Clinical and Basic Research (JCBR), 2(3), 25-32.
Mardziyah Ab Aziz & Nurul Ilyana Muhd Adnan. (2018). Pengamalan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) Terhadap Pengayatan Akhlak Pelajar: Satu Tinjauan Awal. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 10(2), 180-190.
Mariani Omar & Siti Sarah Hamzah (2016). Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak dalam Kalangan Kakitangan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah. The Journal of Management and Science, 1(2), 1-12.
Masoumeh Alidosti, Seyedeh Leila Dehghani, Akhbar Babaei-Heydarabadi & Elahe Tavassoli. (2016). Comparison of Parenting Style in Single Child and Multiple Children Families. Iranian Journal of Helath Sciences, 4 (2), 49-54.
Masjuki Misbah. (2017). Hubungan Tahap Pelaksanaan Solat Fardu dan Kecerdasan Emosi dalam Kalangan Pelajar di Daerah Johor Bahru. Tesis. Universiti Teknologi Malaysia.
Monireh, A., Anahita, K.K. & Zabih, P. (2016). The Effect of Perceived Parenting Styles on Religion Attitude and Emotional Intelligence of High-School Girl Students. Journal of Reaserch on Religion & Health, 2(2), 34-43.
Nasarudin Desa, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. (2018). Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Jurnal al-Turath, 3(1), 55-63.
Nazneen Ismail & Syaidatun Nazirah Abu Zahrin. (2018). Analysing the Validity of Excellent Ummah Personality Using Confirmatory Factor Analysis. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 3(10), 54-62.
Ng Ying Yee & Wan Shahrazad Sulaiman. (2017). Resilience as Mediator in Relationship between Family Functioning and Depression among Adolescents from Single Parent Families. Akademia, 87(1), 111-122.
Nik Ahmad Hisham Ismail, Mustafa Tekke, Nooraini Othman & Afareez Abd Razak Al-Hafiz. (2016). Students’ Islamic Personality On Ibadah: A structural modelling approach. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 219, 755-761.
Nik Hairi Omar, Azmi Abdul Manaf & Ahmad Shazili Ayob. (2012). Pengujian Model Gaya Keibubapaan Baumrind ke atas Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 105-120.
Noor A. Rosli. (2014). Effect of Parenting Styles On Children’s Emotional and Behavioral Problems among Different Ethnicities of Muslim Children in the U.S. Dissertations, Theses and Professional Projects. Marquette University.
Noor Hafizah Mohd Haridi. (2016). Program Agama di Pusat Pemulihan Akhlak Jabatan khidmat masyarakat (JKM): Kajian dari Aspek Perlaksanaan dan Keberkasanaan. Tesis. Universiti Malaya.
Nooraini Othman. (2011). Exploring the Ummatic Personality Dimensions from the Psycho-Spiritual Paradigm. International Journal of Psychological Studies, 3(2), 35-47.
Nooraini Othman. (2011). Eksplorasi Dimensi Ummatic Personality Inventory (UPI) sebagai alat pengukuran personaliti psiko-spiritual islami. ‘Ulum Islamiyyah Journal, 7, 31-50.
Nooraini Othman & Salasiah Kahirollah. (2013). Eksplorasi Hubungan di antara Personaliti Islamik dan Gaya Keibubapaan. International Journal of Islamic Thought, 4, 48-57.
Nor Syakila Jaeh & Amalia Madihie. (2019). Self-Efficacy and Resilience among Late Adolescent. Journal of Counseling and Educational Technology, 2(1), 27-32.
Nor Wahida Dzalihu’zzabir. (2017). Pengaruh rakan Sebaya Terhadap Amalan Akidah dalam Kalangan Pelajar Politeknik. Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB), 1(2), 79-94.
Nur Azhana Ahmad. (2017). Gaya Asuhan Ibu Bapa dan Hubungannya dengan Konflik Remaja. Portal Rasmi MyHealth.
Nurshuhada Mohd Sabri, Wan Shahrazad Wan Sulaiman & Norulhuda Sarnon. (2018). Penerokaan Amalan Zikir dan Perubahan Tingkah Laku dalam Proses Kepulihan Penagihan dalam Kalangan Penagih Bebas Dadah. Journal of Social Sciences, 13(2), 141-153.
Nurul Husna Rosidi. (2019, Mei 8). Akhlak Remaja Melayu Semakin Meruncing. Retrieved from https://www.utusan.com.my/rencana/forum/akhlak-remaja-melayu-semakin-meruncing-1.478633
Ooi Shok Hong, Choi Sang Long dan Rabeatul Husna Abdul Rahman. (2015). An Analysis On the Relationship Between Parenting Styles and Self Esteem of Students of a University in Malaysia: A Case Study. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(4), 300-310.
Persatuan Psikologi Amerika (APA). (2020). The Road to Resilience.
Power, G. T. (2013). Parenting Dimensions and Styles: A Brief History and Recommendations for Future Research. Childhood Obesity,9(1), 14-21.
Rohani Nasir et al. (2009). Modul Ketahanan Diri (Bantuan Geran Penyelidikan IPPBM 2008/ mn2009).
Rosmala Dewi, Raudah Zaimah Dalimunthe, M. Fitri Rahmadana, Wanapri Pangaribuan, M. Bukhori Dalimunthe & Martiano. (2019). Membangun Ketahanan Diri Anak Remaja Melaui Progrma Eduda (Education of Drugs Adversity). Indonesia: Yayasan Kita Menulis.
Ruzieha Abd Halim (2017). Penghayatan Agama Islam Sebagai Mediator dalam Hubungan di antara Persekitaran Sosial dengan Salah Laku Seksual Pelajar Islam. Tesis. Universiti Teknologi Malaysia.
Sahlawati Abu Bakar, Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail & Zanariah Dimon. (2017). Kaedah Al-Quran dalam Menangani Masalah Sosial: Kajian di Pusat Perlindungan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Jurnal Pengajian Islam, 10(1), 57-77.
Salasiah Hanin Hamjah, Izzah Nur Aida Zur Raffar, Rosmawati Mohamad Rasit & Zuliza Mohd Kusrin (2019). Adolescent’s Perception of Father’s Leadership Style in The Family. The Journal of Social Sciences Research, 5(2), 284-290.
Siti Aishah Yahya & Sidar Binti Nasrun. (2016). Tahap Penghayatan Agama dalam Kalangan Remaja Hamil Tanpa Nikah. Jurnal Sains Sosial Malaysian, 1 (2016), 17-35.
Siti Hajar Mohamad Yusoff & Yahya Don. (2016). Kefungsian Keluarga dan Ketahanan Diri Pelajar Sekolah Mengenah Kebangsaan Harian. Proceeding of ICECRS, 1 (2016), 131-138.
Siti Hajar Kamaruddin, Jamiah Manap, Haslinda Abdullah dan Turiman Suandi. (2016). Daya tahan belia: Pengaruh Hubungan Perapatan dalam Insitusi Kekeluargaan. Journal of Social Sciences and Humanities, 2, 160-172.
Siti Jauyah Lokman. (2016). Pengaruh Gaya Keibubapaan Terhadap Personaliti Islamik Remaja Awal: Sosialisasi Agama Sebagai Pengantara. Seminar Psikologi Kebangsaan-iii 2016. Kota Kinabalu, Sabah, 68-78.
Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin, Siti Syuhada Abd Rahman, Ahmad A’toa’ Mohktar & Azri Rizal Md Razali. (2018). Isu-Isu Pengabaian Solat Dalam Kalangan Remaja di Negeri Selangor. E-book of Masjid, Zakat and Waqf Management 2018 (IMAF 2018). Bangi, Selangor.
Urvashi D. & Anita, P, S. (2017). Studying Spirituality in The Context Of Grit and Resilience of College-Going Young Adults. International Journal for Innovative Research in Multidisciplinary Field, 3(9), 50-55.
Zahra Abaspoorazar, Noor Ali Farrokhi, Ahmad Borj Ali. (2015). Explaining the Relationship Between Parenting Styles, Identity Styles and Spiritual Health in Adolescents. European Online Journal of Natural and Social Sciences, 4(3), 240-250.